Drama ini merupakan drama adaptasi daripada novel Rindu Awak 200% karya Liyana Zahim terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Aliesha Kirana. Bintang utama untuk drama ini ialah Zara Zya dan Azlee Khairi.
Genre : Drama & Komedi Romantik
Pengarah : Eoon Suhaini
Rating : 4.7 juta penonton
Skrip : Mufid Suhaimi
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 6:58 petang
Mula Ditayangkan : 25 September 2013
Sinopsis
Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak padaYuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril lah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan.
“Kenapa ni?” - Tengku Zaril. “This is yours?” - Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril. “Saya tak bergurau tapi Tengku yang bergurau!” - Yuhanis. “I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril. Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. “Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.
Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). NamunTengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isteri melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar sementara Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?
Pelakon
- Mia Ahmad sebagai Yuhanis
- Saharul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
- Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus
- Hafeez Mikail sebagai Tengku Zarul
- Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif
- Bella Nazari sebagai Tengku Amalin
- Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi
- Noniswara sebagai Tengku Durahtul
- Mustaqim Bahadhon sebagai Syed Ammar
Lagu : Sampai Mati
Penyanyi : Hazama
2 comment
byk2 cerita ni pling best ek?
ReplyDeleteBoleh tahan la, kalau tengok jumlah penonton pun, kira power juga cerita ni.
DeleteTerima kasih :)