Drama Cinta Si Wedding Planner



Selepas drama Akulah Balqis, slot akasia kembali dengan drama Cinta Si Wedding Planner yang menampilkan Mira Filzah dan Adi Putra sebagai bintang dalam drama ini. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Dhiyana.

Genre : Drama & Cinta
Pengarah : Along Kamaludin
Rating : 4.5 juta penonton
Skrip : Mufid Suhaimi
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 6:58 petang
Mula Ditayangkan : 30 Disember 2015

Sinopsis

Izara Batrisya(Zara) (Mira Filzah),Si Wedding Planner, tidak menduga Cinta yang disulam bersama sepupunya,Bazli (Fadlan Hazim) selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat.Dalam hati Zara ketika itu,hanya ada Bazli,sepupunya sendiri.Namun Zara & Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua.Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak Lang & Pak Lang hancur di tengah jalan.Fariz Adryan(Fariz) (Ady Putra) pula bekas Tentera Laut pernah dicurangi Shirah,kekasih yang hampir menjadi tunangannya,sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina (Dian P.Ramlee),salah seorang pelanggannya.Memandangkan Zara sebatang kara di KL,lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak.Pertemuan Fariz & Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz.Lebih menarik lagi,Fariz adalah anak Puan Marina.Maka pertemuan demi Pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara.

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa Cinta terhalangnya & demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli,Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan Dalam sebuah ikatan perkahwinan.Puan Marina,mama Fariz yang berkenan akan Keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara & Fariz.Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran Cinta buat Fariz.FARIZ yang tidak pernah putus asa untuk mencuba,akhirnya berjaya.Hati Zara kini miliknya.

Fariz & Zara hidup Bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka.Fariz yang baran,moody & beku berubah menjadi romantik & penyayang.Sementara itu,Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta.Pada saat Bahagia mula bersemi,Cinta pertama Fariz kembali muncul menagih Kasih.Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz.Sementara Shirah (Shiqin Kamal) pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz.Fariz menjadi mudah baran.Fariz silap percaturan Dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian & membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli,Zara & Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang Lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka.Kegilaan & obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara & kandungannya menjadi taruhan.Apakah tindakan Fariz?Adakah kebahagian menjadi milik Zara?


Pelakon 
  • Mira Filzah sebagai Izara Batrisya/Zara
  • Ady Putra sebagai Fariz Adryan/Fariz
  • Fadlan Hazim sebagai Bazli
  • Dian P.Ramlee sebagai Puan Marina/Mama Fariz
  • Shiqin Kamal sebagai Shirah/Nadia
  • Wan Sharmila sebagai Dina
  • Rosnah Johari sebagai Mak Lang
  • Idris Md. Diah sebagai Pak Lang

Lagu Tema Cinta Si Wedding Planner

Lagu : Takkan Pergi
Penyanyi : Hyper Act

Lagu : Kekal Bahagia
Penyanyi : Ippo Hafiz


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90