Fenomena Spicy Ramen Challenge

April 09, 2016


Korang tengah makan ramen ke yang google sampai ke sini? Ke tengah cari video ramen? haha. Aku tahu sekarang bercambah video spicy ramen challenge ni cuma aku tak pasti siapa yang start dahulu challenge ni. Aku pun dah terpengaruh dengan challenge ni, mungkin nanti aku challenge tanpa video je kot, tak sampai hati nak kasi korang tengok muka tak lawa cute miut aku ni. Karang kena kecam tak pepasal ada haters. Lol

Hari ni aku nak tunjuk beberapa video yang aku dah tengok.


Aku suka video ni, nama youtuber ni iman dan dia masih budak sekolah tapi english dia power la juga dari aku. hahaha. sedih english tak power guys.



Video ni aku tengok sebab nak tengok asyalliee yang comel ni. Loghat kedah dia pekat baqhang.



Video ni dari vitdaily dan aku suka tengok website dia sebab aku suka makan. Kelakar juga dia ni kata tak pedas cuma bibir dah jadi merah.dan berpeluh.


Kalau korang pernah tengok semua ni, soalan pertama yang muncul dari para penonton, HALAL KE? Aku pun tak pasti cuma yang aku tahu dalam video last tu cakap ada logo halal dan aku nampak logo halal dalam video tu. Halal korea mungkin. Kalau korang was-was tak payah beli, duduk rumah makan maggi sudah. lol



You Might Also Like

2 comment

  1. singgah ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Assalam
    https://www.youtube.com/watch?v=xjOmDcI6y1U&spfreload=5
    Cuba tengok yg ini pulokss

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM