Apa khabar orang kampung? Semua sihat? Panas? Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak ya. Aku nak cerita tentang buku dari one of my favourite publisher iaitu Buku Fixi. Kalau korang peminat publisher ni kita geng. hahaha. Aku memang suka semua buku buku dorang ni dari depan sampai belakang, haha, maksud aku dari cover depan buku sampai cover belakang buku. Ni kira dah termasuk introduction, isi kandungan dan penutup sekali la.
Malas nak sembang banyak banyak, nanti orang kata aku merapu banyak tapi isi sikit. Memang pun. lol.
Cerpen cikgu asyraf ni ditulis oleh Dayang Noor yang very talented orangnya. Aku suka novel dari Dayang Noor memang best cerita dia. Cerpen cikgu asyraf ni menceritakan sebuah misteri kampung yang terlibat dalam kes pembunuhan. Memang aku baca pun pening pada awalnya, aku kesian dengan cikgu asyraf yang terlibat dalam kekejaman Rosdi yang pada mulanya aku rasa memang tak sedap hati sangat bila dia sembang dekat cikgu asyraf tentang perangai penduduk kampung teluk mengkuang.
Aku dapat rasa yang rosdi ni memang tak berapa baik orangnya lagipun dia adalah banduan. Tapi part last cerita ni memang aku tak sangka sangat yang cikgu asyraf is the one yang mati. Cerpen ni macam padat sangat dan jalan cerita yang smooth tapi best ooo.. Ada part tu seram juga sebab aku baca lewat malam cerpen ni jadi aku asyik dok pandang belakang je. lol
Sebelum tu, buku ni dijual sebanyak 3000 naskhak sahaja, so aku amat beruntung sebab berpeluang untuk dapatkan buku ni senaskhak.
Kalau korang teringin nak tahu tentang cerita ni, korang boleh baca di wattpad.
2 comment
Kira novel thirller lah ni ek.. Btw.. Cikla singgah sini...
ReplyDeletemcm best jugak novel ni. Yuni pn suka layan novel cm ni drp cinta. hihi.
ReplyDeleteNi mek yuni dari kelatey pulak yang singgah :)
Terima kasih :)