5 Aplikasi Penting Dalam Smartphone (Bahagian 1)

April 06, 2016

Assalamualaikum.

Selamat datang kepada pengunjung baru blog aku. Hehe. Hai. Hari ni aku nak cerita sedikit tentang aplikasi-aplikasi yang perlu ada dalam smartphone aku dan mungkin juga korang rasa macam nak tambah dalam smartphone korang. Ataupun mungkin korang dah ada aplikasi ni, boleh kongsi dengan aku pendapat korang tentang aplikasi tersebut.

Lets cekidaut.


1. Waktu Solat (Pengguna Android)


Aplikasi ni memang sangat bagus dan aku recommend dekat korang supaya dapat remind korang tentang waktu solat. Korang boleh buat notifikasi 5 minit sebelum masuk waktu solat. Banyak setting dia yang boleh ikut keperluan korang. Contohnya, korang tak tahu arah kiblat, aplikasi ni dapat membantu sedikit sebanyak untuk cari arah kiblat. Mungkin korang travel somewhere dan tak tahu masjid dekat mana, korang boleh cari menggunakan aplikasi ni.


2. Google Drive


Ini antara aplikasi yang aku suka kalau tak cukup space. Seriously helping benda ni terutama kalau pakai smartphone yang tiada SDcard macam iPhone. Kalau korang jenis suka selfie elok sangat la download aplikasi Google Drive ni sebab korang boleh terus simpan dalam folder dia. Tak perlu pening sebab tak cukup space dalam smartphone.



3. Cloud Magic



Aplikasi ini memang terbaik bagi pengguna Android sebab dia nampak lebih elegan dari Email yang ada dalam Android tu. Seriously guys, this is a must have app in your smartphone. Kalau korang guna iPhone, boleh juga try sebab aku rasa system email iPhone is quite same with cloudmagic actually. So aku recommend pengguna android sahaja. HAHAHA.


4. Vsco



Aplikasi vsco pula sesuai untuk pengguna yang suka bergambar. Aku pun suka sangat dengan vsco ni sebab semua filter dia memang menarik dan kena dengan taste aku, terutama sekali kalau snap gambar macam bangunan atau awan atau flora. Nampak lebih realistik dengan filter-filter dia. Kalau korang nak tahu, cuba la download. Aplikasi ni ada untuk android dan ios. 


5. Banking



Ada dua banking online yang aku tahu iaitu CIMBCLICK dan MAYBANK2U. Dua-dua sangat berguna untuk aku sebab sekarang semua nak cepat. Asal duit je cepat, macam air terjun. Lol. Berguna juga untuk sesiapa yang suka sangat membeli belah secara online, bayar bill online dan juga tambah nilai online. 


Cukup kan setakat ni, nanti aku sambung dengan aplikasi yang dah berjuta-juta orang dah tahu in next entry.

:)

You Might Also Like

3 comment

  1. Assalam..bagus jugak ye app untuk solat tu..tq for sharing ye.. :)

    ReplyDelete
  2. sya ada yg 1st dgn 2nd..hehe..app solat tu pntg skrg ni. nk tgok kiblat ke, waktu solat, etc

    ReplyDelete
  3. salam, saya dulu ada app solat dulu tapi macam tak berfungsi dengan baik macam azan awal sejam pastu terus uninstall

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM