Drama Tundukkan Playboy Itu



Selepas drama Cinta Si Wedding Planner, slot akasia kembali dengan drama Tundukkan Playboy Itu yang menampilkan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai bintang dalam drama ini. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Anjell dan terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd.

Genre : Drama, Komedi & Cinta
Pengarah : Keoi Haji Khalid
Skrip : Mufid Suhaimi
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 6:58 petang
Mula Ditayangkan : 17 Februari 2016

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang jejaka tampan iaitu Harraz Naufal yang gemar mendampingi hanya wanita yang seksi dan cantik. Jika wanita tersebut tidak memiliki fizikal seperti yang diingini oleh Harraz Naufal, jangan bermimpilah untuk mendapatkan jejaka kacak itu. Tambahan lagi, Harraz paling tidak menyukai wanita yang bertudung dan akan membenci mereka itu. Untuk dijadikan cerita, hadir seorang wanita berhijab iaitu Nurin Areesa yang bergaya Muslimah. Nurin telah menghadiri temuduga di syarikat Harraz dan berhadapan dengan si playboy itu.

Dalam temuduga, keadaan menjadi tegang apabila Harraz meminta Nurin membuka tudung jika ingin bekerja di syarikat miliknya. Nurin menganggap permintaan Harraz itu adalah sangat keterlaluan untuk diikuti. Nurin lebih geram dengan sifat Harraz yang sangat berlagak itu dan juga sombong. Sebelum meninggalkan sesi temuduga itu, Nurin mendoakan supaya encik Harraz Naufal jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung di kemudian hari.

Tindakkan Harraz yang menolak Nurin itu sampai ke pengetahuan Tan Sri. Lalu Tan Sri sangat marah dan memberi amaran kepada Harraz. Nak tak nak, Nurin diambil bekerja di syarikatnya. Memang teruk Nurin kena buli, Suka hati je mamat tu nak bagi keja yang bukan skop kerja Nurin. Namun, Nurin bukan lemah seperti disangka.

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula Mama Harraz dengan satu permintaan yang sukar pada Nurin Tunddukkan Harraz, Tundukkan Playboy itu. Mampukan Nurin melakukannya. Adakah Harraz akan terus jatuh cinta pada Nurin? Mampukah Nurin menundukkan Harraz Naufal ?

Pelakon 
  • Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal
  • Uqasha Senrose sebagai Nurin Areesa
  • Alif Satar sebagai Farhan Badriz
  • Mawar Rashid sebagai Elfira
  • Navilya Husna sebagai Intan
  • Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Mukhriz
  • Ziha Salleh sebagai Suliza
  • Faradiella Mokhtar sebagai Doktor Ida
  • Marissa Yasmin
  • Maria Farida sebagai Puan Sri Rosell

Lagu Tema Tundukkan Playboy Itu

Lagu : Tak Ada Cinta Sepertimu
Artis : Siti Nurdiana & Aliff Aziz

Lagu : Ragu-Ragu
Artis : Syed Shamim & Tasha Manshahar


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90