Assalamualaikum,
Have you heard about L’occitane? L’occitane diasaskan oleh Olivier Baussan lebih 35 tahun yang lalu di France dan mempunyai pelbagai produk seperti wangian, penjagaan kulit, badan, rambut dan sebagainya. Rangkaian produk ini telah berkembang di seluruh negara dan terkenal dengan kualitinya dan dihasilkan dari bahan semulajadi.
When it comes to natural products, ramai yang masih keliru dengan konsep ‘natural’ itu sendiri. Adakah produk tersebut hanya menggunakan 100% bahan semulajadi atau ia hanyalah strategi pemasaran semata-mata. Maklumlah, kini ramai pengguna yang semakin bijak dan ingin menjalani gaya kehidupan yang lebih sihat. Baik daripada pengambilan makanan sehinggalah penggunaan produk-produk penjagaan diri, semuanya haruslah selamat daripada penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan.
Seperti yang kita ketahui, penggunaan bahan-bahan kimia yang berlebihan misalnya mendatangkan pelbagai kemudaratan pada kesihatan tubuh badan kita sehingga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser. Oleh kerana itu, sejak awal diperkenalkan sehingga ke hari ini, L’occitane merupakan satu nama yang harus anda yakini dan percayai. Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi sebagai bahan asas setiap produk keluaran sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, tidak hairlah jika jenama antarabangsa ini masih menjadi pilihan ramai pengguna di serata dunia.
Bukan sekadar teknik pemasaran, L’occitane Malaysia berjaya menambat hati ramai pengguna dengan khasiat semulajadi yang benar-benar berkesan. Kesemua produk L’occitane diketahui ramai sebagai produk yang tidak berbahaya dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit walaupun untuk kulit yang bermasalah.
Baik set mandian, set penjagaan kulit mahupun set wangian L’occitane, ia boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita. Rasai sendiri khasiat semulajadi dengan menggunakan produk L’occitane hari ini juga!
0 comment
Terima kasih :)