5 Youtuber Kegemaran (Luar Negara)




Hai guys, welcome to my channel, eh blog. hehe. Selalu sangat tengok youtuber buat introduction macam tu aku pun dah terpengaruh sekali. Hebat kot rasa ada channel sendiri. lol. Aku pun nak buat juga kalau rasa macam nak buat la, sekarang belum rasa ada lagi, biar dok senyap-senyap menaip dan menulis hentah apa-apa ni. Harapnya korang dapatlah manfaatnya. hiwhiwhiw (gelak pesen hipster bukan raver, eh.)

Without further ado, lets cekidaut.


1. Wengie


Aku start follow youtuber ni dari tahun lepas sebab masa tu aku nak tengok korean haul dia. Mungkin masa tu aku baru nak berjinak dengan kosmetik/skincare korea kot, tu yang aku cari review dalam youtube. Wengie ni sangat cantik comel jelita semua pakej la (adakah aku tetiba dah girl crush dekat dia, lmao). Btw, wengie ni chinese tapi dia stay aussie dan aku suka accent dia. Dalam channel dia banyak beauty things dan lifestyle.


2. Grav3yardgirl



Aku tak sure ape yang memikat aku untuk tengok channel dia tapi mungkin sebab thumbnail youtube dia sangat weird or maybe interesting. Aku suka cara dia sebab dia kind of weird and fun. Cara dia minum air pun aku dah macam kembali pada masa lalu sebab pernah buat macam tu juga dulu-dulu, lol. Dia banyak review tentang kosmetik dan makanan, mungkin sebab tu aku layan channel dia. Satu lagi, mata dia biru guys. Wow.


3. Sea Lemon


Kali ni bukan youtuber tentang beauty macam foundation, korean haul dah, yang ni beauty juga tapi beautykan bilik dan pelbagai diy. Aku suka sangat channel dia sebab semua diy dan tips comel dan berguna. Aku banyak juga try diy dan tips dia tapi bilik aku tetap bersepah, aku tak tahu kenapa. hahaha. Video pertama yang aku tengok dekat channel dia adalah pattern ikat, kalau korang nak tahu tengok video dekat atas.


4. Maangchi


Yang ni channel makanan korea. Sori, there is korean wave in my mind. Kalau korang tak suka jangan tengok ye. hahaha. Aku tengok channel dia first sekali sebab cari resipi hotteok ataupun sweet pancakes dan mestilah aku dah berjaya buat hoddeok tu. Sedap oiiii makan panas-panas. Nanti korang buat la, senang je, aku letak video dekat atas untuk rujukan korang ye. Lepas ni nak try buat kimchi sendiri pula. Pelbagai resipi makanan korea yang korang boleh dapat dari youtuber ni. Jangan lupa tengok.



5. Michelle Phan


Yang ni memang youtuber yang sangat famous dan successful. Banyak tips tentang make up, skincare, diy, fashion, trend dan sebagainya di channel dia. Yang paling aku suka tips untuk ambil selfie, hahaha, sebab aku kan tak cantik lepas tu tak fotogenik langsung. Tips dia memang thumbs up. Korang free-free boleh tengok channel dia okay?


Okay itu sahaja untuk hari ini, next time aku buat favourite malaysian youtuber pula ya. Aku tengah cari youtuber tech untuk diminati tapi setakat ni aku suka iJustine tapi channel dia bukan fully tech haritu pun sebab cari info tentang iPhone 7 je. Lol.

You Might Also Like

4 comment

  1. wahh... saya pun minat juga tengok Grav3yardgirl sebab dia banyak tunjuk product testing! Tapi kalau saya paling minat tengok Miranda Sings!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, nanti boleh tengok miranda punya juga

      Delete

Terima kasih :)

728 x 90