Hai, hari ni aku nak review buku dari penerbit buku fixi yang selalu menjadi kegemaran aku sejak awal penubuhan dia. Buku kali ni hanya dikeluarkan 3000 naskhah je dan akulah antara 3000 orang yang beruntung untuk dapatkan buku ni. Buku ni ada dua cerpen iaitu Lelaki Sesuatu Itu daripada Shaz Johar dan Cikgu Asyraf dari Dayang Noor.
Cerpen ini menceritakan tentang kisah Syamil. Ibu bapa syamil pada awalnya expect yang mereka akan melahirkan seorang bayi perempuan selepas 2 orang abang syamil tapi bayi yang dilahirkan adalah lelaki. Jadi dorang bajet nak letak nama syamilla tapi lastly jadi syamil. So, perwatakan syamil dalam cerpen ni ala kewanitaan sebab dia suka make up dan cantik-cantik ataupun dalam bahasa lain, GAY. Syamil memang suka dengan laki dan tak tertarik dengan perempuan, last-last mak dia kahwinkan dia dengan Murni.
Aku suka storyline cerita ni sebab menarik dan berbeza sangat dengan cerita biasa. At least aku tahu yang Roswell tu tempat untuk tengok UFO dan banyak history UFO. Aku pun cam seronok juga kalau dapat travel ke sana. Kisah travel Murni dan Syamil ke Roswell pun sangat unik dan menarik untuk aku ketahui ending cerita ni.
Kalau korang teringin nak tahu tentang cerita ni, korang boleh baca di wattpad.
0 comment
Terima kasih :)