5 Aplikasi Penting Dalam Smartphone (Bahagian 2)

April 13, 2016

Assalamualaikum

Selamat kembali ke tajuk yang pernah dibincangkan. Kali ni aku nak beri beberapa aplikasi yang korang dah tahu dah ape yang patut ada dalam smartphone korang. Kiranya sekarang memang trending dan dikenali ramai aplikasi ni atau mungkin dah bosan untuk diutarakan lagi. lol

cekidaut gais.


1. WhatsApp


Whatsapp ni aku boleh kata salah satu aplikasi komunikasi paling top dalam dunia ni, semua orang guna aplikasi ni. Cuba check smartphone nenek, makcik, pakcik, mak, ayah, adik beradik dan jiran-jiran mesti ada sahaja aplikasi ni. Pendapat aku, aplikasi ni memang senang untuk digunakan dan mudah untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. 


2. Facebook


Aplikasi ni pula kalau nak dicakap memang semua orang dah tahu, mungkin korang skip untuk baca ni. haha. Semua benda boleh korang tahu dengan facebook, macam-macam tips, cerita dan berita dikongsikan didalam facebook. Banyak juga ilmu baru korang boleh dapatkan dengan aplikasi ni, korang mungkin boleh jadi seorang chef dengan segala resipi dari facebook atau korang mungkin boleh menjadi jutawan dengan perniagaan melalui facebook. Semua boleh. 



3. Instagram


Budak-budak remaja memang suka aplikasi ni tapi sekarang tak kira remaja dah, mostly yang tak remaja pun join sekali. Aplikasi ni aku boleh kata sesuai untuk pencinta gambar tapi ada gambar yang tak berapa nak kena pun ada juga. Ramai yang guna instagram sebagai medium perniagaan yang bagi aku memang berguna sebab pelanggan suka untuk lihat produk dan mudah digunakan berbanding dari facebook. 


4. Twitter


Twitter pun lebih kurang sama dengan facebook dan instagram. Aku rasa twitter ni tempat untuk melepaskan marah sedih gembira dengan ayat singkat sebabnya ada limit berapa huruf korang boleh tulis. Nak berdakwah pun boleh guna twitter so memang syok aku baca mufti menk punya quotes hari hari. 


5. Telegram


Aku tak guna telegram sebab aku rasa whatsapp dah cukup. Fungsi dia sama sahaja dengan whatsapp sebagai aplikasi komunikasi.


6. Waze


Waze ni aplikasi navigasi dan trafic paling banyak digunakan didunia. Waze ni berguna kalau korang sesat jalan atau nak ke sesuatu tempat yang asing. Banyak fungsi dalam waze contohnya untuk mencari stesen minyak, bank, masjid, kedai dan sebagainya. Korang juga boleh tahu keadaan trafik jalan sebelum atau semasa korang menuju ke destinasi, so at that time korang boleh pilih nak ikut jalan mana, biasanya waze akan tunjukkan jalan paling cepat dan singkat masa perjalanan.


Sekian, kalau korang ada pendapat berbeza tentang aplikasi diatas jom kongsi bersama atau mungkin korang ada aplikasi yang nak kongsi? 

You Might Also Like

2 comment

  1. Fb dan whatsapp je.. Twitter x install sbb mmg tak best.... Hehe

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak layan semua...FB tu dan wasap pun dah lenguh

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM