7 Game/Permainan Terbaik Dalam Smartphone

April 09, 2016

Assalamualaikum.

Hai pekabo? Minggu ni  mungkin angin teknologi aku tinggi sikit, so that aku rasa macam nak publish entri tentang teknologi je. Errrrr. Aku pasti semua orang akan ada game dalam smartphone masing-masing at least 1 je. Kalau macam aku, ada dekat 10 game dalam smartphone, aku cepat fedup dengan game, so aku selalu tukar tukar game. hahaha

Sebelum korang kecam aku, semua game ni mengikut pendapat aku sahaja. Kalau korang suka game korang main, kongsi la dengan aku. Mana tahu aku bakal suka game korang main. Ye dakkk?


1. Candy Crush



Game ni aku rasa ramai yang ada sebab game suatu masa dulu memang sangat popular sebelum wujudnya game-game yang best lain. Kalau dok minum petang dekat kedai, tengok kawan sebelah dok main game ni, orang meja sebelah pon sama. Sampai macam tu sekali fenomena candy crush suatu masa dahulu. Level aku sampai 100 lebih je, tak mampu aku nak tunggu lama-lama baru dapat main balik. Candy crush sekarang dah berkembang dah, yang best soda saga tu.


2. Clash of Clan



Masa first-first aku main game ni, aku siap screenshot letak dalam ig tapi malangnya takde orang lagi mengenali game ni. Selepas tu baru naik gila gila game ni siap boleh buat jual beli lagi. Fuhhh. Nasib baik Dota atau Dota 2 takde yang guna mobile. hahaha. Game ni developer dia dari Finland. Clash of clan atau lebih dikenali sebagai coc merupakan game strategi untuk melawan musuh dan defend kawasan kita. Terbaikkk



3. Piano Tiles



Aku kenal game ni selepas aku tengok video sorang budak main game ni dalam ipad dekat facebook. Aku berminat game yang kena pantas-pantas ni. Lepas tengok je budak tu main, terus download dan terus main. hahaha. Yang tak bestnya, aku main guna smartphone yang skrin dia kecil dan rasa nak lempar je kalau tak kena tekan. Eloknya kalau korang ada tablet memang syok game piano tiles ni. Banyak instrumental yang ada dalam ni dan mungkin juga korang akan jatuh cinta dengan piano.


4. Clash Royale



Aku suka game ni dari Clash of Clans tu. Tak perlu susah-susah nak tunggu penuh elixir dan gold semua tu. Korang kena pandai strategi dan defends sahaja. Hero pun senang nak dapat dari coc. haha. Kalau korang jenis macam aku, cuba la download game ni, mesti korang puas hati. Coc nak kena bina pagar bagai, memang tak lah, yang gigih tu aku memang salute.


5. Plants VS Zombie



Dulu kalau tak silap aku popular dalam komputer je game ni, selepas tu baru popular dalam smartphone. Aku suka juga game ni sebab macam wowww je bila dapat bunuh zombie tu. Menarik juga la dia punya konsep. Aku recommend game ni kat korang.


6. Temple Run



Temple Run ni game lari-lari sambil kutip coin dan catat berapa jauh korang boleh pergi tanpa langgar apa-apa. hahaha. power tak aku explain? Aku suka game ni sebab kena bagi perhatian penuh sebab tak nak langgar apa-apa dan kena makan dengan benda yang kejar dekat belakang tu (aku lupa ape benda yang dok kejar tu).


7. Ace Fishing



Bagi yang suka memancing tapi takde kawan nak ajak pergi mancing, korang download la game ni. Memang ada feeling-feeling menangkap ikan. hahaha.


Banyak juga game aku pernah main tapi aku shortlist kan kepada 7 dahulu. Dalam masa akan datang aku tambah lagi game apa aku suka. Korang suka game apa?

You Might Also Like

2 comment

  1. salam dulu suka juga candy crush pastu stress uninstall haha

    ReplyDelete
  2. hye...blogwalking...follow u..do follow me

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM