5 Drama Korea Kegemaran

April 05, 2016

Assalamualaikum.



First sekali, jangan kecam aku (dah kenapa?) haha. Siapa tak minat korea boleh baca entri lain okey? Ini untuk peminat korean drama dan bukan korean pop. Korean pop tunggu next entri maybeeeee. Aku tak tahu kenapa aku minat dengan korean drama daripada drama blablabla (tak boleh sebut nanti kena kecam), mungkin storyline dia agak berbeza  daripada storyline blablabla. Well, kalau historical korean drama, kita boleh banyakkan ilmu kita tentang sejarah negara orang lain juga. Yeah, malas cakap banyak, lets cekidaut gais!

Btw, aku tak susun drama ni mengikut yang paling suka atau yang kurang suka ok. Sebab semua aku suka (errrrrrrr lol here).


1. The Heirs

Cerita ni tentang sekumpulan pelajar sekolah tinggi yang kaya, istimewa, dan elit kerana mereka dilatih untuk mengambil alih empayar perniagaan keluarga mereka. Kemudian ada Kim Tan (lee min ho) yang merupakan anak konglomerat korea yang dah jatuh hati dekat Eunsang (park shin hye). Eunsang ni anak maid rumah Kim Tan. Lepas tu, Young do (kim woo bin) yang merupakan kawan baik Kim Tan masa kecil-kecil dulu pun suka dengan Eunsang. Nak tahu kisah selanjutnya, korang tengok lah sendiri. haha




2. Hotel King

Cerita ini berkisar tentang hotel dan siapa yang bakal menggantikan legasi hotel yang ditinggalkan oleh bapa Ah Mo Ne yang telah mati di bunuh. Banyak perebutan kuasa dan konflik dalam cerita ni. Ape yang aku suka dalam cerita hotel king ni adalah watak lee dong wook dan cara dia selesaikan masalah itu. Dalam ni tiada unsur perebutan cinta pun so memang best. 




3. Kill Me, Heal Me

Yang ni one of my top fav korean drama, mungkin aku suka tengok kedua dua hero dia. Hahaha. Cerita ni berkisah tentang  Cha Do Hyun (jisung) yang mempunyai banyak perwatakan/personaliti dalam diri dia ataupun orang panggil DID (Dissociate Identity Disorder). Personaliti paling aku suka sekali adalah Shin Se Gi. Haha. Ada elemen sexy dan dangerous dalam watak tu. Cha Do Hyun mempunyai DID disebabkan kejadian semasa dia kecil, well memang mostly orang yang selalu kena abuse memang dikatakan akan ada banyak personaliti. Storyline dia memang menarik dan berbeza dari cerita lain. Aku recommend untuk korang tengok cerita ni.




4. Master Sun

Cerita ni memang top masa dikeluarkan, kawan aku yang recommendkan cerita ni dekat aku sebab aku macam takut sikit nak tengok cerita berunsur horror ni. Hahaha. Gong Shil (gong hyo jin) boleh nampak makhluk halus dalam cerita ni, so dia banyak tolong makhluk-makhluk ni untuk sampaikan sesuatu dekat orang-orang tertentu. Lepas tu hero cerita ni pula, Joong Won (so ji sub) adalah CEO yang sombong dan mempunyai insiden kemalangan masa kecil dahulu, jadi, Gong Shil yang tolong dia selesaikan misteri kemalangan tu.




5. Its Okay Thats Love

Cerita ni best sebab ada unsur komedi dan romantik. Yang komedi lebih tu sebab ada kwangsoo memang penat gelak sebab dia je. Lepas tu pula ada korean idol iaitu DO (EXO) yang membawa watak tak wujud (halusinasi) oleh Jae Yeol (zo in sung). Jae Yeol ni selalu nampak mak dia kena abuse dengan ayah dia, jadi dia wujudkan watak watak dalam diri dia sebagai defense dia, ataupun sebenarnya dia hidap schizopherenia. Hae Soo (gong hyo jin) pula seorang psikiatri yang bantu Jae Yeol.




Okay tu sahaja hari ini. Banyak sangat drama yang aku nak kongsi tapi penat menaip. Lol. Nanti aku sambung lagi bahagian 2. Hihi. Korang suka cerita apa?

You Might Also Like

4 comment

  1. assalamualaikum..nampak entry ni kat list following terus klik sini...tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi...

    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
  2. Semua dah tengok kecuali Hotel king... Semua nie feveret...

    ReplyDelete
  3. smua x penah tngokk.. kuikuikui.. nak try tngok horror story tu dulu laa.. aku baru berjinak2 tngok drama korea.. dah habis spm, x tau buat apa

    ReplyDelete
  4. semua dah tgok, semua best, smue awesome..haha

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM