Assalamualaikum.
Panas sangat hari ni, rasa nak duduk dalam bilik buka aircond je. Phewww. Kena bayar bil elektrik banyak lagi. Sad. Karang aku mengadu dekat orang, orang cakap, NERAKA LAGI PANAS. Okay, sabar sahaja. Jadi hari ni, aku nak kongsi beberapa tips untuk kekal sihat ketika cuaca panas.
1. Pakai payung atau topi
Aku tahu ada yang jenis tak boleh duduk diam dalam rumah je, kerja nak berjalan sana sini. Aku nasihatkan korang untuk pakai payung okay? Simple kot. Bawak payung yang kecil dan mudah korang simpan. Tak perlu lah bawa payung yang boleh payung 10 orang (macam jahat pula tak nak payung orang T.T). Dengan payung, korang boleh halang dari pancaran cahaya matahari dan haba terus ke badan.
2. Berada di rumah
Bagi yang suka chill dekat rumah macam aku okay la, kalau macam orang yang aku explain dekat tips nombor 1 tadi, minta tolong duduk rumah senyap-senyap kalau tak nak kena cahaya matahari. Nak shopping pon membebel panas panas panas panas. -.-"
3. Tidak duduk dalam kenderaan
Yang bertutup dan tiada penghawa dingin. Aku ada experience duduk dalam kereta ada penghawa dingin tapi macam tak function sangat mungkin sebab ruang dalam kereta besar tapi aircond kecil je. Ok, aku tak nak ingat.
4. Pakai sunscreen
Seriously sila pakai sunscreen yang ada SPF 30 ++ ke atas kalau korang sayangkan badan korang. Tapi kadang-kadang aku termissed juga part ni sebab bukan habit pakai kosmetik sangat, bila teringat je pakai.
5. Kurangkan minum
Kurangkan minum minuman yang berkafein dan bergula. Banyakkan minum air mineral/kosong supaya badan sentiasa segar dan bertenaga. Minum minuman isotonik pun bagus juga bagi menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh.
6. Guna penghawa dingin atau kipas
Aku ingat lagi masa dekat kolej memang sangat panas dan berbahang (haba), aku letak air dalam baldi dan segala bekas supaya ada moisture lebih dalam bilik tu. Letak air dekat/bawah kipas. Kalau ada penghawa dingin lagi best, kerja tidur je tak pergi kelas mungkin. Lol
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
1 comment
terima kasih atas panduan =)
ReplyDeleteTerima kasih :)